Saturday, March 15, 2014

KEHILANGAN MH370

Assalammualaikum dan Salam mesra..

Alhamdulillah diberikan sedikit masa utk menulis sesuatu di blog pagi ini.. Tiada apa2 yg luar biasa yg ingin sy kongsikan sebenarnya, saja mengisi masa terluang dgn cerita2 kosong..hehe..Antara cerita hangat skrg ni pasal kehilangan pesawat MH370. Bikin seram kan, takut pun ada. Tipulah klu takda rasa fobia mau naik pesawat lepas ni..hehe..Namun, ajal dan maut semua urusan Allah, mati bole shja berlaku dimana2 (pesanan suamiku:) ).

Dulu, mula2 kerap naik pesawat ni mestilah masa study dulu2 kan. saya ingat masa tu belajar di Matrikulasi Labuan. Memang kerap juga naik pesawat, kalau xpun naik feri..Best jugak naik feri dapat tengok air laut. Tapi seram jugak kalau ombak kuat hehe.Masa blajar dulu saya suka jugak lah bila naik kapal terbang ni, bila suda di atas awan tu mmg best, SubhanaAllah dapat melihat keindahan cipatan Allah. Hebat sungguh Masya Allah.



Bila negara kita digemparkan dgn kehilangan MH370 ni, jd mcm fobia la jugak ckit2..Tapi, mula2 fobia naik pesawat slepas 3 hari kahwin, masa tu mau balik ke kampung suami di baling, kedah. Sbb fligt malam tu, hujan renyai2, tp dgn izin Allah bila atas awan hujan semakin lebat, Masha Allah seram bila kapal terbang tu meloncat2, rasa mcm nak jatuh pun ada. Berdebar2 jantung, bermacam2 bermain dlm kepala ni..hehe.Dengan rahmat dan KAsih sayang Allah, Alhamdulillah kami selamat jugak sampai.

Apabila, dapat tahu yg pesawat MH370 hilang, pertama sekali yg saya dan mungkin anda pun sama fikir adalah bagaimana penumpang2 , selamat ka tidak?? ..Bila diberitahu anatar penumpang adalah bayi, terfikir pula mcamna keadaan baby tu ya, kalau terselamat mcmna dengan susu dan makan mereka. Kasihan..Doakan mudah2n semua selamat. Ini smua ketentuan Allah.

Dalam masa yg sama, sy pun xterlepas jugak buat spekulasi sndiri tapi di rumah sajalah hehe. dan saya tahu ramai juga antara kita pun sama juga..cuma xla post di fb kan..hehe..Mana tak berspekulasi kalau isu pemimpin pembangkang belum reda tiba2 pulak isu pesawat hilang. Sbagai manusia biasa, kdg2 sangkaan2, spekulasi2 buruk kdg terlintas jugak difikiran. Tapi, bagus juga bila ada rakan2 fb post2 dan yg cuba menginingatkn supaya jgn lah berspekulasi sgt lebih baik kita mendoakan shja. Semoga kita ambil pengajaran drpada apa yg berlaku. Setiap daripada kita sebenarnya sedang diberi pengajaran dan hikmah oleh Allah Taala. Jangan menuding jari pada mana2 pihak atau pihak2 tertentu, kerana kita Hamba Allah yg tak terlepas daripada kesilapan dan kesalahn. :) in sha Allah. Aminn








No comments:

Post a Comment