Alhamdulillah, subuh di sini sangat sejuk sbb baru sahaja lepas hujan tadi. Anak2 sangat lena tidur, cuma kakak madinah saja yg xselesa sbb batuk2. Kesian Madinah, nampaknya hari ni madinah xsekolah lagi. .Bila terbangun subuh, bersyukurlah kepada Allah kerana mengejutkan kita, dan sebagai tanda syukur buatlah solat tahajud, solat taubat dan solat hajat :) ..dapat melakukan ibadah juga adalah rezeki kan :)..Ada orang yg Allah uji rezeki pada kesihatannya, ada juga pada anak2nya, ada jugak pada kebahagian. Tapi, mmg beginila mausia yg lemah seperti kita ini, kerana nikmat yg berbeza2 pd setiap rezeki yg Allah berikn ini membuatkn kita xpenah puas. Bila diberi rezeki wang, kita jd bongkak, bila diberi rezki kesihatan kita lupa beribadah, bila diberi rezki anak2 kita tak didik sebaiknya(Nauzubillah mi zalik).
Terlalu banyak rezeki yg Allah berikan yg kita xsedar dan jarang kita syukuri. Sedikit atau banyak itu adalah rezeki. Jika kita tidak bersyukur dengan yg sedikit, bagaimana jika Allah nak berikan yg banyak??Sbb itu Allah sebut dlm surah Ibrahim ayat 7:
Semalam whatsapp dengan classmate di kampus dulu, kawan minta sedikit perkongsian tentang bagaimana untuk mulakan perniagaan atau membuka kedai. Jadi, terbitlah ilham untuk buat post kali ni..hehe..semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak ya.
Alhamdulillah, pengalaman berniaga hampir 4 tahun terlalu banyak hikmah dan pengajaran buat saya dan suami. Saya juga bersetuju dan semakin dapat memahami dan merasai nikmat sebenar yg dimaksudkan bahawa kejayaan sebenar dalam perniagaan adalah pengalaman dan bukannya kekayaan wang semata2. Perjalanan perniagaan yg panjang ini terlalu sarat dengan pengalaman. Thank you Allah :)
Oklah, macamna mau mula ya?? xtau macamna mau mula hehe..ok, yang sy tau sy memang suka kan bisnes..dan yg saya xtau suami saya juga seorang otak bisnes..hehe..Sbb suami seorang guru tapi punya cita2 besar utk pencen awal..maksudnya xsuka makan gaji..Saya selalu cakap dengan suami, abang,walaupun kita belum jadi jutawan, tapi abang ada minda seorang jutawan..hehe..aminnn
ok, apa yg cuba saya jelaskan, nak buat bisnes pertama sekali mestilah minat dan minda kena minda seorang jutawan, meskipun kita belum lagi jutawan. Saya tidak ada ini, tapi alhamdulillah Allah bagi pada suami saya. So, suami sy cakap, abang xperlu cari partner dalam bisnes, partner abang isteri abang sahaja .. :) hehe..
Maksudnya, yg ke dua kena ada Modal..Sepanjang 4 tahun berniaga ni saya belum jumpa lagi institusi kewangan yang bagi modal utk memulakan perniagaan. Jadi, caranya kawan2 bole cari partner atau rakan niaga dan share modal bersama :) ..Saya juga xda modal utk di share bersama suami, tapi suami saya ada modal wang ringgit dan saya uruskan kedai bermodalkan minat, usaha, doa, keyakinan dan semangat xmudah putus asa..in sha Allah..aminn..(minta doa ya kawan2)
Bermula lah dari kecil-kecilan..macam sy dulu mulakan dgn jual nasi lemak di sekolah, saya yang tolong jual dan modal serta respi semua daripada suami. .Ini saya anggap permulaan dalam perniagaan kami,walaupun pada masa tu suda ada niat mau buka kedai dan modal dah ada..saya anggap ini sebagai pengalaman dan sengaja teruskan perniagaan kecil2an ini sbb mau tmbhkn pngalaman dan bljr sabar, berusaha dan kukuhkan semangat bila buat bisnes yg lg besar risikonya.Modal yg kecil ini bergantung pd kemampuan masing2, jika anda mampu rm100 mulalah dgn rm100, jika rm5000 mulalah dgn rm5k dan setrusnya..
Ok, skrg saya cuba kongsikan pula langkah2 yg perlu dibuat utk buka kedai. Mula2 sekali dapatkan lot kedai untuk disewa, samada pegi ke syarikat pemaju atau contact trus pemilik kedai tu, biasa utk kedai disewa mereka akan tampal notis "For rent" dekat pintu kedai tu. Contact sahja, runding harga dan setuju, kemudian serah kunci dan bole mula urusan setrusnya.
Selepas dah dapat premis yg nak disewa, Uruskan lesen secepat mungkin, Kalau tempat saya ni berurusan di Majlis perbandaran sandakan (MPS)..Kenpa kena cepat buat lesen? cepat lesen keluar cepat jugalah urusan lain yg anda bole selesaikan. Nak sambung elektrik dan Air perlukan lesen trading kedai anda ya. Tapi, kalau kedai tu kedai lama dan dah ada elektrik dan air xda masalah, ini utk tujuan kedai baru. Selain tu, nak buat current akaun juga perlukan lesen..jd pastikan lesen anda selesaikan secepat mungkin. Jangan risau untuk buat keja2 pengubahsuaian kedai dalam tempoh lesen anda di proses tu, dan dah siap beroperasi lah sesegera mgkn. sbb deposit sewa biasa dah bayar utk 3 bulan sekaligus. 2 bulan sewa dan sebulan deposit. Jadi, bajet masa sebaiknya.
![]() |
Contoh kedai |
Perkara lain dan biasa yg perlu dibuat ialah marketing. Promosikan bisnes anda samada nak tampal banner, edar flyer ka dan macm2 lagi yg kawan2 rasakan sesuai dgn bisnes yg kawan2 jalankan.
Rasanya, ini sahaja perkongsian yg sedikit ni, kami juga masih belajar dan perjalanan masih lagi panjang dan masih berliku. Jatuh dan bangun dalam perniagaan adalah lumrah, bagaimana kita diuji dengan Tawakal nya kita kepada Allah??Bagaimana keyakinan kita kepada Allah bahawa Allah itu Maha pemberi??Bagaimana kita di tarbiyah utk menjadi seorg yg rendah diri, tidak sombong, bersyukur, menghormati hak org lain??smua ini bonus apabila kita memilih utk berniaga. Inilah sebuah perkongsian daripada pengalaman. Smoga apa yang dikongsikan dari hati, boleh sampai ke hati :).. Pengalaman berniaga mmg banyak mengajar sekiranya kita mahu mengambil pengajaran :) ..semoga ada antara perkongsian ini yg dapat dimanfaatkan. Mohon doa kawan2 atau sesiapa shja yg membaca supaya kmi dan anda trus maju dalam perniagaan.Aminn..
No comments:
Post a Comment